Pengenalan

My photo
Malaysia
Kami adalah sebuah Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (Kod Pusat Bertauliah : L-01162) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia No Lesen (ILP No: 0066). Blog ini KHAS UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT MENGENAI KURSUS ASAS PEMANDU PELANCONG (TOURIST GUIDE COURSE) Minima kelayakan bagi mengikuti kursus ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia, dan memperoleh enam (6) kelulusan termasuk Bahasa Malaysia, peserta sebelum 1978 MCE mesti tamat Tingkatan 5, diploma ke atas yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah digalakkan. Had umur 18 tahun keatas. Pra-Persaraan, Pesara, Ibu Tunggal dan Lepasan Sekolah (SPM) sangat digalakkan untuk menyertai program Pemandu Pelancong Berlesen. Bahasa pengantar di akademi kami ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami telah melahirkan ramai Pemandu Pelancong sejak tahun 2005. Pusat latihan ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan (No. Pendaftaan 357-02067060). Lawati jg Website kami www.ptmcperfect.com untuk maklumat lain.

Tuesday

SOALAN - SOALAN LAZIM

Pemandu Pelancong Profesional sebagai satu Kerjaya.
Career in Quality Tourist Guide


Soalan-soalan lazim / Frequently Asked Question

KURSUS

Berapa lama tempoh kursus?
Kursus Asas Pemandu Pelancong ini akan berlangsung selama 5 - 6 bulan pada tiap2 sesi. Setiap SATU tahun diadakan Tiga (3) sesi / pengambilan sahaja iaitu pada bulan Februari,Jun dan November. Ini adalah kerana Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan Peperiksaan Pemandu Pelancong peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan April,Ogos dan Disember.

Saya sudah bersara, bolehkah saya memohon?
Kerjaya sebagai pemandu pelancong ini tiada had umur. Hanya perlu 18 tahun ke atas sahaja.

Saya tidak fasih berbahasa Inggeris, bolehkah saya ambil dlm bahasa malaysia?
Kami menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia sewaktu anda mengambil peperiksaan. Kemudian, setelah lulus, anda boleh menambah bahasa-bahasa lain. Kelas juga dikendalikan menggunakan dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Apakah yang diperolehi oleh peserta selepas tamat kursus?
Peserta yang telah lulus akan mendapat
1) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
2) Sijil Pegesahan Pemandu Pelancong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia

3) Lesen selama satu tahun oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
4) Lencana (Badge) oleh Kementerian Pelancongan Malaysia

Saya tinggal di luar KL, adakah asrama disediakan?
Akademi kami tidak menyediakan asrama atau tempat tinggal, kerana kelas diadakan secara 'part-time' dan hanya 3 kali seminggu.

Apakah yang dipelajari sepanjang tempoh Kursus?
Sepanjang tempoh kursus, peserta akan dilatih untuk persediaan peperiksaan. Ini merangkumi tiga kategori iaitu:
1) Coaching 2)Slide (Presentation) 3)Written 4)NOSS (National Occupational Skill Standard)

Peserta juga akan didedahkan kepada Communication Skills, Public Speaking, Grooming/Penampilan Diri, Sifat Mesra Malaysian, Pengurusan Masa (Time Management), Keyakinan Diri /Self Esteem dan lain-lain. Selain daripada itu, kursus ni juga mampu memantapkan pengetahuan am peserta terhadap persekitaran (current happenings) juga sejarah yang sememangnya perlu bagi rakyat malaysia. Kursus ini juga memupuk semangat cintakan negara dan menghargai perpaduan di negara kita.


PEMANDU PELANCONG

Apa itu Pemandu Pelancong?
Pemandu Pelancong merupakan wakil Malaysia pertama yang akan berjumpa secara langsung dengan pelawat setibanya mereka di negara kita. Dalam erti kata lain, sebagai 'duta kecil' negara. Pemandu Pelancong bertanggungjawab mengetuai pelancong atau rombongan pelancong di dalam negara.

Apakah prospek sebagai Pemandu Pelancong?
Sektor pelancongan merupakan industri kedua terbanyak menyumbang kepada ekonomi negara. Industri pelancongan semakin pesat membangun dan situasi ini telah mengakibatkan kurangnya tenaga mahir khususnya pemandu pelancong berlesen. Selain daripada pelancong luar negara, tumpuan juga diberikan kepada pelancong domestik. Anda boleh rujuk artikel-artikel yang sempat saya temui ini :

TOURIST INCREASE 2008 IN MALAYSIA
http://www.forbes.com/markets/feeds/afx/2007/09/07/afx4092202.html


WTTC REPORT
http://www.wttc.org/eng/Tourism_Research/Tourism_Satellite_Accounting/TSA_Country_Reports/Malaysia/


RNCOS - Malaysian Tourism Industry (2007-2009)
http://www.rncos.com/Report/IM510.htm


MEDIA RELEASE – TOURISM MALAYSIA
http://www.tourism.gov.my/corporate/mediacentre.asp?page=news_desk&subpage=archive&news_id=278


Apakah keistimawaan/kelebihan kerjaya sebagai Pemandu Pelancong?
Biasanya Pemandu Pelancong Berlesen akan diberikan pelbagai kelebihan dan potongan harga di tempat-tempat pelancongan ,kedai-kedai tertentu dan beberapa lagi. Anda juga berpeluang berjumpa dan mengenali ramai orang daripada seluruh pelusuk dunia, serta meningkatkan keyakinan diri.

Apakah skop kerja Pemandu Pelancong?
Secara amnya, terdapat beberapa kategori. Antaranya adalah :
1) Full day tour (City Tour)

2) Half Day Tour
3)Overland
4)Transfers



Bagaimanakah Pemandu Pelancong mendapat tugasan?
Pada kebiasaaannya, Agensi Pelancongan akan menghubungi anda untuk memberi tugasan. Selain daripada Agensi Pelancongan, Kerajaan juga boleh memanggil anda untuk membawa rombangan rasmi kerajaan dimana Kementerian Pelancongan akan mimilih Pemandu Pelancong berdasarkan akademik, kecekapan bahasa dan sebagainya mengikut keperluan rombongan tersebut. Tugasan juga boleh didapati melalui 'senior' guide yang mengenali anda.

Bolehkah saya menjadi Pemandu Pelancong di luar negara?
Tidak. Kita tidak dibenarkan menjadi pemandu Pelancong di luar negara sebaliknya boleh menjadi Tour Leader sahaja. Yakni, megetuai rombongan tetapi tidak boleh memberi komentari. Tetapi sebagai Pemandu Pelancong berlesen anda berpeluang menjadi 'Tour Leader'.

Perlukah Pemandu Pelancong menyediakan bas dan sebagainya?
Segala urusan bas, penginapan, tiket dan lain2 diuruskan dan disediakan oleh Agensi Pelancongan. Anda hanya mengetuai pelancong sahaja.

Siapakah yang memantau kebajikan Pemandu2 Pelancong?
Persatuan-persatuan Pemandu Pelancong yang mana anda mendaftar sebagai ahli. * Setelah lulus peperiksaan, anda perlu menjadi ahli dengan mana-mana persatuan pemandu pelancong sebelum anda boleh memohon lencana di Kementerian Pelancongan Malaysia*