Pengenalan

My photo
Malaysia
Kami adalah sebuah Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (Kod Pusat Bertauliah : L-01162) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia No Lesen (ILP No: 0066). Blog ini KHAS UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT MENGENAI KURSUS ASAS PEMANDU PELANCONG (TOURIST GUIDE COURSE) Minima kelayakan bagi mengikuti kursus ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia, dan memperoleh enam (6) kelulusan termasuk Bahasa Malaysia, peserta sebelum 1978 MCE mesti tamat Tingkatan 5, diploma ke atas yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah digalakkan. Had umur 18 tahun keatas. Pra-Persaraan, Pesara, Ibu Tunggal dan Lepasan Sekolah (SPM) sangat digalakkan untuk menyertai program Pemandu Pelancong Berlesen. Bahasa pengantar di akademi kami ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami telah melahirkan ramai Pemandu Pelancong sejak tahun 2005. Pusat latihan ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan (No. Pendaftaan 357-02067060). Lawati jg Website kami www.ptmcperfect.com untuk maklumat lain.

Tuesday

PEMANDU PELANCONG BERLESEN / LICENSED TOURIST GUIDE


Sektor pelancongan mempunyai potensi yang cerah untuk dimajukan. Industri Pelancongan merupakan pendapatan negara yang kedua terbesar. Sektor pelancongan ini memberi sumbangan besar terhadap ekonomi Negara. Beberapa program pelancongan anjuran Kerajaan Pusat dan negeri, seperti Tahun Melawat Malaysia 2007. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) Kerajaan merancang untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang banyak terdapat di negara ini. Tahun ke tahun bilangan pelancong yang mengunjungi negara ini telah meningkat dan memberi sumbangan besar terhadap pendapatan pengusaha-pengusaha pelancongan.
Oleh itu, selain dari melengkapkan kemudahan infrastruktur yang telah dikenal pasti untuk menjadi destinasi pelancong, tenaga kerja yang mahir juga perlu diwujudkan dan salah satunya ialah Pemandu Pelancong Berlesen. Selain tugas sebagai Pemandu Pelancong Berlesen, peserta juga boleh memperluaskan bidang ini untuk membuka perniagaan sendiri. Dengan bekerja bersendirian boleh juga mengurangkan pengangguran dan jalan terbaik ialah menjadi Pemandu Pelancong Berlesen. Oleh itu para graduan yang masih menganggur rebutlah peluang ini untuk menjadikan sumber pendapatan mereka yang pasti akan menjamin masa depan mereka.

PERJALANAN KURSUS


Kelas akan diadakan 4 kali seminggu, iaitu pada hari

Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 
6.30 petang hingga 9.30 malam  

Sabtu atau Ahad
Tugasan Practical
(2 kali sebulan)
9.00 pagi-1.00 tengahari 

Pada setiap bulan, kami akan menyediakan jadual waktu mengikut modul yang telah disediakan. Kami juga mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan mahir dalam bidang mengikut modul yang diajar. Selain pembelajaran mengikut modul, setiap peserta juga akan diajar cara coaching, slide dan public speaking.

Peperiksaan:

Peserta diwajibkan menduduki dua peperiksaan. Peperiksaan pertama dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), iaitu peserta perlu menyiapkan portfolio bagi melayakkan peserta mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) dan peserta juga dikehendaki memberi keterangan mengenai gambar (Slide) yang di paparkan melalui projector. Peperiksaan kedua pula dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC) iaitu written, oral, slide dan coaching bagi melayakkan peserta memperolehi sijil dan lencana (badge) sebagai Pemandu Pelancong Berlesen.

Dalam setahun akan diadakan 3 kali peperiksaan iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Pengambilan peserta bagi mengikuti kursus Pemandu Pelancong Berlesen akan diambil pada bulan November, Mac dan Julai.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Setelah keputusan dikeluarkan lulus oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT), peserta perlu mengikuti kursus Mesra Malaysia selama dua (2) hari dan peserta perlu mendaftar menjadi Ahli kepada Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia. Peserta yang lulus akan mendapat lencana Pemandu Pelancong Berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia.