Pengenalan

My photo
Malaysia
Kami adalah sebuah Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (Kod Pusat Bertauliah : L-01162) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia No Lesen (ILP No: 0066). Blog ini KHAS UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT MENGENAI KURSUS ASAS PEMANDU PELANCONG (TOURIST GUIDE COURSE) Minima kelayakan bagi mengikuti kursus ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia, dan memperoleh enam (6) kelulusan termasuk Bahasa Malaysia, peserta sebelum 1978 MCE mesti tamat Tingkatan 5, diploma ke atas yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah digalakkan. Had umur 18 tahun keatas. Pra-Persaraan, Pesara, Ibu Tunggal dan Lepasan Sekolah (SPM) sangat digalakkan untuk menyertai program Pemandu Pelancong Berlesen. Bahasa pengantar di akademi kami ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami telah melahirkan ramai Pemandu Pelancong sejak tahun 2005. Pusat latihan ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan (No. Pendaftaan 357-02067060). Lawati jg Website kami www.ptmcperfect.com untuk maklumat lain.

Tuesday

PEMANDU PELANCONG BERLESEN / LICENSED TOURIST GUIDE


Sektor pelancongan mempunyai potensi yang cerah untuk dimajukan. Industri Pelancongan merupakan pendapatan negara yang kedua terbesar. Sektor pelancongan ini memberi sumbangan besar terhadap ekonomi Negara. Beberapa program pelancongan anjuran Kerajaan Pusat dan negeri, seperti Tahun Melawat Malaysia 2007. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) Kerajaan merancang untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang banyak terdapat di negara ini. Tahun ke tahun bilangan pelancong yang mengunjungi negara ini telah meningkat dan memberi sumbangan besar terhadap pendapatan pengusaha-pengusaha pelancongan.
Oleh itu, selain dari melengkapkan kemudahan infrastruktur yang telah dikenal pasti untuk menjadi destinasi pelancong, tenaga kerja yang mahir juga perlu diwujudkan dan salah satunya ialah Pemandu Pelancong Berlesen. Selain tugas sebagai Pemandu Pelancong Berlesen, peserta juga boleh memperluaskan bidang ini untuk membuka perniagaan sendiri. Dengan bekerja bersendirian boleh juga mengurangkan pengangguran dan jalan terbaik ialah menjadi Pemandu Pelancong Berlesen. Oleh itu para graduan yang masih menganggur rebutlah peluang ini untuk menjadikan sumber pendapatan mereka yang pasti akan menjamin masa depan mereka.